Sunday, October 31, 2010

JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN

Salam..

Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 minggu banyak input yang diperolehi mengenai kursus ini. walapun pada permulaanya saya agak kurang minat mengenai kursus ini. Untuk pengetahuan semua saya hanya mengisi subjek ini adalah kerana ketika itu hanya kursus ini sahaja yang tinggal untuk diambil oleh program saya. Oleh itu, saya terpaksa mendaftarkan sahaja kursus ini bagi mencukupkan kredit yang akan diambil. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Amran selaku tenaga pengajar bagi kursus ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar.

Pada permulaan awal seperti minggu pertama dan kedua, ia merupakan minggu yang mencabar bagi saya. Ini kerana, pada minggu pertama saya tidak hadir ke kelas kerana tiket pulang ke Tanjung Malim agak lewat, dan ini menyebabkan saya telah ketinggalan pada minggu pertama untuk membuat blog. Namun Alhmdulilah, Encik Amran telah memberikan kerjasama pada saya untuk menyelesaikan blog dengan menghadirkan diri pada hari jumaat. Perkara sebegini adalah salah satu yang menyebabkan saya rasa berminat untuk mempelajari kursus ini pada minggu seterusya. Ini kerana tidak ramai tenaga pengajar yang sanggup memberikan tunjuk ajar seteruanya sekiranya pelajar itu tertinggal pembelajaran sebelum ini. Terima kasih Encik Amran. Minggu seterusnya, mungkin boleh dikatakan sebagai minggu yang memerlukan penghayatan yang tinggi tentang muzik tradisional ini. Ini kerana saya tidak mempunyai pengetahuan yang asas dalam muzik maka kadang-kadang apa yang tenaga pengajar terangkan tidak memberi kesan, namun begitu apa yang telah Encik Amran buat dengan menyuruh setiap pelajar membuat Jurnal refleksi setiap minggu membuatkan saya belajar dengan lebih jelas sekali. Mengapa saya berkata begitu, ini kerana setelah selesai pembelajaran kebiasaanya saya hanya mengulangkaji saat akhir tapi dengan adanya kaedah jurnal refleksi ini ia membantu saya untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan luahkan balik apa yang difahami.

Walaupun kadang-kadang mengeluh juga tentang jurnal refleksi ini, namun tidaklah memberi kesan yang teruk. Selain komen tentang jurnal refleksi ini., saya juga ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Encik Amran yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai tugasan kumpulan yang memerlukan pengethuan yang cukup. Membuat pembentangan, kerja lapangan dan membuat blog kumpulan. Sepanjang menjalankan kajian ini, terus terang saya cakap ia sangat sukar. Ini kerana, kumpulan saya hanya bertiga dan memerlukan banyak masa. Salah satu masalah ini juga ialah semasa ingin membuat kajian lapangan, peluang untuk menemubual responden terpaksa ditunda. Saya dan ahli kumpulan terpaksa ponteng kelas. Namun begitu, ia memberi kepuasan kepada saya setelah membuat pembentangan kedua. Semasa membuat pembentangan kali pertama memang saya dan ahli kumpulan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dan ia membuat kami berasa sangat stress tapi terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya yang memberikan kerjasama yang tinggi. Peluang kedua yang diberikan oleh Encik Amran sangat berharga buat saya dan ahli kumpulan, manakala kawan-kawan sekelas sangat dihargai kerana turut memberi sokongan kepada saya.

Hanya ini dari saya, tapi apa yang dicakap oleh Encik Amran sangat betul, setelah selesai membuat setiap tugasan yang diberikan amat mengajar saya dan kawan-kawan tentang ilmu yang perlu dicari. Walaupun susah dan sukar sebanyak mana pun ia akan memberi kepuasan kepada seseorang yang ikhlas dan yang berusaha. Tunjuk ajar dan nasihat Encik Amran sepanjang kuliah akan saya ingati..insyallah..sekian terima kasih..wasalam..
Teruskan Membaca...

Saturday, October 16, 2010

JURNAL REFLEKSI 12

Salam..

Pada minggu ke-12,Topik tentang muzik tradisional diteruskan lagi dengan sesi pembentangan oleh kumpulan seterusnya. Kumpulan pertama telah membentangkan tajuk Opera cina dan Po Te Hi. manakala kumpulan kedua adalah berkisar tentang muzik Sabah dan Sarawak. Bagi saya, kumpulan pertama telah membentangkan tajuk tugasan ini dengan baik. Walaupun sebelum ini saya tidak mengetahui tentang sejarah atau instrumen- isntrumen yang digunakan dalam Opera Cina tetapi saya mengetahui tentang kewujudan muzik ini di Malaysia. Muzik ini sangat menarik kalau tahu maknanya atau maksud di sebalik drama yang dipentaskan. ia mengandungi nyanyian dan drama yang menarik. Kostum, tema serta bahasa juga amat menarik. Manakala PO Te Hi juga amat menarik dimana penggunaan sarung tangan untuk mengerakkan patung tersebut merupakan sesuatu yang amat kreatif. pembentangan yang dijalankan amat jelas sekali dan banyak info terbaru yang diperolehi pada minggu ini.

Seterusnya, pembentangan kedua adalah berkisarkan tentang muzik tradisional Sabah dan Sarawak. Begitu banyak muzik tradisional Sabah dan Sarawak yang menjadi kebanggaan setiap kaum. instrumen yang digunakan untuk menghasilkan kesenian ini juga amat menarik. Setiap muzik yang dimainkan mempunyai penceritaannya tersendiri untuk melambangkan kepahlawanan atau pekerjaan yang menjadi identiti setiap kaum. pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan ini juga amat jelas dan menarik. Antara tarian yang menarik perhatian saya ialah tarian Adai-adai dan juga tarian Daling- daling. sebelum ini, hanya tarian sumauza yang hanya saya ketahui, di mana tarian ini sangat popular dan menarik . Tarian ini merupakan tarian bagi suku kaum kadazan dusun yang berfungsi untuk mengucapkan tanda kesyukuran dalam aktiviti pertanian seperti tanaman padi. sesungguhnya, kesenian di Sabah dan Sarawak sangat hebat dan mempunyai unsur-unsur semangat yang tinggi. Kebanyakkan muzik di Sabah dan Sarawak berkait rapat dengan unsur alam yang dekat dengan manusia. Kesimpulannya, kedua- dua kumpulan pembentangan telah menjalankan tugasan dengan baik dan banyak berkongsi maklumat yang penting. sekian..
Teruskan Membaca...

Saturday, October 9, 2010

JURNAL REFLEKSI 11

Salam

Jurnal refleksi pada minggu ini adalah berkaitan dengan Esenbel ghazal yang dibentangkan oleh kumpulan saya. setelah membuat beberapa analisa tentang ghazal akhirnya alhamdulilah saya dan kawan- kawan dapat memebentangkan juga tugasan ini. secara keseluruhannya, pembentangan masih lagi kurang mengcukupi bagi pendapat saya namun saya dan kwawan- kawan telah mencuba sedaya upaya. Dan apa yang penting, saya dan kawan-kawan dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai ensembel ini.

Bagi saya sendiri, ensembel ghazal ini memiliki aura tersendiri sebagai warisan budaya masyarakat Malaysia, tertamanya bagi masyarakat johor dan Pulau Pinang. kesenian muzik ghazal amat menarik dan ia perlu di suntik dengan transformasi agar ia dapat terus dikekalkan. Perubahan penggunaan instrumen dalam ensemel ghazal salah satu tarikan yang dapat menarik minat remaja untuk mempelajarinya. namun begitu, keaslinya perlulah dikekalkan.

Sekian.
Teruskan Membaca...

Saturday, October 2, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU 10

salam..

Pada minggu ke 10, refleksi yang ingin dibicarakan adalah mengenai pembentangan yang telah dilakukan oleh dua kumpulan pada hari rabu..kedua-dua pembentangan ini amat menarik..Ia adalah berkaitan ensembel Nobat dan juga Okestra cina. Bagi pendapat saya, kedua-dua kumpulan pembentangan sangat yakin dan bagus. Ensembel Nobat mempunyai tarikan tersendiri, apatah lagi ia di mainkan hanya didalam istana, dan ini merupakan satu kelebihan bagi muzik ini untuk terus kekal sebagai warisan kebudayaan Malaysia. Kenapa saya berpendapat begitu? Ini kerana, selagi adanya Raja atau sultan maka ensembel ini akan terus wujud tidak seperti ensembel yang lain yang kebanyakkannya memerlukan strategi-strategi yang berkesan untuk memastikan kewujudannya masih diperlukan. Apabila dilihat pada esembel nobat ini, ia dimainkan di dalam istana, peranannya pula adalah sebagai muzik untuk golongan kerabat diraja. Di mana ia digunakan dalam majlis seperti pertabalan raja, perkahwinan, hal kematian dan sebagainya. Apa yang penting yang disampaikan oleh pembentang mengenai nobat ialah mengenai pemain yang memainkkannya sangat unik. Tidak sebarangan orang boleh memainkkannya kecuali kerabat Kalur atau orang suci yang dilahirkan melalui muntah seekor lembu.

Manakala, refleksi seterusnya adalah berkaitan dengan Okestra cina. Apabila disebut okestra mestilah saya terbayangkan diatas sesebuah pentas itu mempunyai pelbagai instrumen muzik. Dahulu, saya hanya mengetahui bahawa okestra cina ni hanya memainkan muzik cina, namun begitu sekrang ia telah mengalami reformasi apabila turut memainkan muzik kaum lain untuk menjadikannya lebih daya tarikan. Apa yang penting dalam okestra ini ialah alat- alat muzik yang dimainkan mempunyai aura tersendiri. Bagi saya alat- alat okestra ini apabila dimainkan ia menjadikan muzik ini sangat harmoni dan menarik. kesimpulannya, pembentangan pada minggu ini sangat menarik dan banyak info yang dapat dikongsi.
Teruskan Membaca...

Saturday, September 25, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU 9

salam..

Jurnal refleksi pada minggu 9 ialah adalah berkaitan dengan Esembel Ghazal dan Opera cina di Malaysia. ESembel ghazal telah dibentangkan oleh kumpulan saya. Banyak yang telah saya pelajari pada hari tersebut tentang esembel ini. Walaupun pengetahuan mengenai ghazal sangat cetek namun saya cuba untuk mempelajari dan memahami tentang warisan kebudayaan ini dengan lebih jelas. Apa yang saya fahami mengenai ghazal semasa ingin menyediakan tugasan ini ialah ghazal adalah merupakan nyanyian puisi bertemakan cinta dan berasal dari Timur Tengah khasnya dari Parsi sebelum kemunculan agama islam. Dalam masyarakat Melayu, ghazal berfungsi sebagai alat hiburan meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan. Terdapat dua jenis Esembel Ghazal iaitu Ghazal Parti di Penang dan Seni Ghazal di Johor.

Ghazal Parti amat popular di penang dan menggunakan dialek utara dan membawa lagu-lagu berirama padang pasir. Dan ia merupakan sebuah persembahan yang menggabungkan muzik, lagu dan lawak. Manakala Ghazal Johor pula terkenal di daerah- daerah sekitar johor. Ghazal ini mengandungi unsur- unsur muzik dan nyayian cara hindustan. Pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan saya banyak kelemahan lagi dan banyak lagi maklumat yang belum dapat disediakan oleh kumpulan sya mengenai Ghazal.

Tajuk yang kedua pada minggu ke 9 ialah tentang Opera Cina. Apa yang dapat dikatakan disini ialah persembahan opera cina ini ialah berasal dari cina. Dan di Malaysia, ia biasanya dapat dilihat ialah semasa perayaan Tahun Baru Cina. Pembentangan Kumpulan ini juga masih belum cukup maklumat seperti kumpulan saya. Diharapkan kumpulan saya dan Kumpulan opera Cina dapat memberikan yang terbaik untuk pembentangan seterusnya.
ghaz

Teruskan Membaca...

Saturday, August 28, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU 7

Salam.

Pada minggu ini, input banyak diperolehi melalui pembentangan yang dilakukan oleh dua kumpulan kuliah pada hari isnin iaitu mengenai Sejarah Muzik Tradisional dan topik Zikir. Pada pendapat saya kedua- dua kumpulan telah mempersembahkan dengan baik dan banyak input yang tidak saya ketahui dapat ditonjolkan. Sejarah tentang kedatangan muzik tradisional amat penting untuk diketahui memandangkan muzik di Malaysia mempunyai pelbagai-pelbagai jenis muzik. Perkembangan muzik tradisional di Malaysia mempunyai caranya yang tersendiri. Dimana kedatangan muzik tradisional mempunyai tahap pengaruh seperti dari Barat, China, India dan Arab. Melalui pembentangan kali ini juga, turut menerangkan mengenai alat- alat muzik purba atau alat muzik terawal yang dicipta seperti Alat tiupan serunai dan ia wujud ketika zaman batu. Melalui topik ini juga, saya dapat mengetahui mengenai alat-alat muzik yang dibawa oleh pengaruh Eropah seperti Biola, Piano dan sebagainya. Walaupun nama yang digunakan adalah berlainan ketika ia diperkenalkan namun bagi saya ia memainkan peranan penting dalam mempengaruhi muzik di Tanah Melayu ketika itu.

Topik kedua ialah pembentangan mengenai Zikir. Sebelum ini saya hanya mengetahui mengenai Zikir yang dibuat selepas sembahyang, namun selepas dibentangkan mengenai topik ini ia sungguh bermakna dan sangat menarik kerana ia merupakan muzik keagamaan yang agung iaitu islam. Zikir adalah berasal daripada Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di samping itu, Zikir juga mempunyai beberpa jenis iaitu Zikir Qalbi yang bermaksud zikir yang dibuat dengan mengingati Allah dengan menggunakan hati, seterusnya ialah Zikir Lisani yang dibuat untuk mengingati Allah dengan Lidah atau perbuatan. Apa yang penting untuk diketahui mengenai zikir ialah kedatangannya ke Tanah Melayu yang seiring dengan kedatangan islam pada ketika itu. Zikir juga banyak digunakan dalam majlis- majlis agama bagi mendapatkan keredhaan dan ketenangan. Video yang ditunjukkan juga sangat menarik perhatian untuk mendalami mengenai zikir ini, di mana setiap negara yang beragama islam turut mengamalkan zikir namun digayakan dengan cara yang berbeza tetapi tujuannya masih sama iaitu memuji dan mengingati Allah.

Kesimpulannya, kedua-dua topik pembentangan minggu ini sangat menarik dan dapat banyak mengetahui dengan lebih jelas mengenai sejarah kedatangan muzik tradisional di Malaysia yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri seterusnya menjadi kebangaan rakyat Malaysia. Ini adalah penting kerana muzik di Malaysia mempunyai pengaruh dari luar yang banyak menyusuri elemen muzik yang ada sehingga sekarang. Di samping itu juga, Zikir yang mempunyai unsur-unsur agama ini perlu diperbanyakkan bukan sahaja untuk kegunaan majlis-majlis atau acara- acara tertentu sahaja. Sesungguhnya zikir ini boleh dilakukan pada bila- bila masa dan dengan cara apa sekalipun. Oleh itu, warisan dan kebudayaan ini perlulah diteruskan dan diperlihara.
Teruskan Membaca...

Saturday, August 21, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU 6


Makyung

Salam..

Bagi refleksi pada minggu ini, pengajaran yang diajar adalah berkisar tentang Muzik tradisional Makyung dan Kompang. Sebelum sesi pembelajaran bermula, pengetahuan sedia ada yang saya miliki mengenai kedua-dua muzik tradisional ini ialah Makyung terkenal di Kelantan dan Kompang hanyalah dimainkan untuk mengiringi sesebuah majlis seperti perkahwinan dan sebagainya. Pengajaran pertama adalah mengenai Makyung. Dimana Makyung ini merupakan bentuk seni lakon atau dramatari yang merupakan . Ia berasal dari Patani seterusnya tersebar ke semenanjung Malaysia dan beberapa tempat lain. Ketika ia diperkenalkan cuma yang ada hanyalah bentuknya tetapi belum dinamakan lagi. Pada ketika itu, Makyung merupakan permainan bagi rakyat dan dibawa ke istana untuk dijadikan suatu persembahan istana. Namun begitu Makyung ini telah dibawa semula kepada permainan rakyat dan sehingga sekarang permainan ini masih diwarisi oleh rakyat biasa. Apa yang penting dalam permainan Makyung ini ialah Dialog, Tarian, Muzik Vokal dan Instrumental. Selain itu, alat utama untuk menjadikan permainan ini lengkap ialah Tetawak, Rebab dan Gendang. Permainan Makyung ini mempunyai tujuannya yang tersendiri mengapa ianya sangat terkenal pada masa dulu dan sehingga sekarang. Antaranya ialah untuk tujuan ritual atau untuk mendapat semangat dan tujuannya juga adalah untuk mengadakan persembahan.

Melalui penceritaan Makyung pula, terdapat watak-watak yang penting yang menghidupkan sesebuah persembahan. Wataknya adalah seperti Pakyung, Makyung dan puteri makyung. Dan apa yang paling menariknya mengenai persembahan Makyung ialah pada masa kini wataknya adalah dimonopoli oleh kaum wanita walaupun watak tersebut merupakan watak untuk seorang lelaki. Selain itu, kostum pakaian untuk Makyung juga amat menarik dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri mengikut sesebuah penceritaan yang dilakukan. Melalui sesi pembelajaran kali ini juga saya belajar mengenai irama dalam Makyung yang menggunakan 4 timbre iaitu Pak,Duh, Cak dan Ting dan ini dilakukan dengan mengikut tunjuk ajar lecture dan ia amat menarik untuk dikuasai.



Pertandingan Kompang



Manakala pengajaran yang kedua ialah adalah mengenai esembel Kompang. Permainan Kompang ini bagi saya amat menarik. Ini kerana sebelum pembelajaran bermula, pandangan saya tentang Kompang iaitu alat ini amat mudah dimainkan namun setelah merasai pengalaman memainkan sendiri alat ini menyebabkan sangkaan saya meleset sama sekali. untuk mendapat bunyi yang bagus memerlukan kemahiran dan kepekaan yang tinggi. Kompang merupakan permainan yang berasal dari Kebudayaan Arab di Asia Timur. Terdapat beberapa jenis Kompang yang dipelajari antaranya Kompang Hadrah, Johor,Ezhar dan sebagainya. Permainan Kompang ini mempunyai fungsinya yang tersendiri mengiringi sesebuah perkahwinan, acara berkhatan dan sebagainya. Pengalaman merasai sendiri bagaimana kompang dimainkan amat berharga untuk saya yang tidak pernah memainkkannya walaupun pernah memegangnya ketika di sekolah dulu. Sebelum ini juga, saya hanya mengetahui bahawa kompang mempunyai satu saiz sahaja, setelah mempelajari untuk topik kompang ini rupa-rupanya kompang ini mempunyai pelbagai saiz dan ia mestilah digunakan dengan pegangan yang betul barulah ia menghasilkan bunyi yang sempurna.

Pembelajaran pada minggu ini juga, tenaga pengajar banyak menfokuskan kepada Rentak kompang, dimana ia akan menjadi panduan ketika memainkan alat muzik ini. Rentaknya pula terdiri daripada Inang asas, Masri asas, dan Asli asas. Ketika memainkan bersama-sama rakan sekuliah terdapat beberapa bunyi yang sangat menarik. kesimpulannya, pembelajaran kali ini banyak menfokuskan kepada sistem talaan bunyi. Pengalaman memainkan sendiri alat Kompang sangat dihargai dan diharapkan dapat mengikutinya lagi. Sekian.

Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP2252 Rohaya Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template