Sunday, October 31, 2010

JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN

Salam..

Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 minggu banyak input yang diperolehi mengenai kursus ini. walapun pada permulaanya saya agak kurang minat mengenai kursus ini. Untuk pengetahuan semua saya hanya mengisi subjek ini adalah kerana ketika itu hanya kursus ini sahaja yang tinggal untuk diambil oleh program saya. Oleh itu, saya terpaksa mendaftarkan sahaja kursus ini bagi mencukupkan kredit yang akan diambil. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Amran selaku tenaga pengajar bagi kursus ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar.

Pada permulaan awal seperti minggu pertama dan kedua, ia merupakan minggu yang mencabar bagi saya. Ini kerana, pada minggu pertama saya tidak hadir ke kelas kerana tiket pulang ke Tanjung Malim agak lewat, dan ini menyebabkan saya telah ketinggalan pada minggu pertama untuk membuat blog. Namun Alhmdulilah, Encik Amran telah memberikan kerjasama pada saya untuk menyelesaikan blog dengan menghadirkan diri pada hari jumaat. Perkara sebegini adalah salah satu yang menyebabkan saya rasa berminat untuk mempelajari kursus ini pada minggu seterusya. Ini kerana tidak ramai tenaga pengajar yang sanggup memberikan tunjuk ajar seteruanya sekiranya pelajar itu tertinggal pembelajaran sebelum ini. Terima kasih Encik Amran. Minggu seterusnya, mungkin boleh dikatakan sebagai minggu yang memerlukan penghayatan yang tinggi tentang muzik tradisional ini. Ini kerana saya tidak mempunyai pengetahuan yang asas dalam muzik maka kadang-kadang apa yang tenaga pengajar terangkan tidak memberi kesan, namun begitu apa yang telah Encik Amran buat dengan menyuruh setiap pelajar membuat Jurnal refleksi setiap minggu membuatkan saya belajar dengan lebih jelas sekali. Mengapa saya berkata begitu, ini kerana setelah selesai pembelajaran kebiasaanya saya hanya mengulangkaji saat akhir tapi dengan adanya kaedah jurnal refleksi ini ia membantu saya untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan luahkan balik apa yang difahami.

Walaupun kadang-kadang mengeluh juga tentang jurnal refleksi ini, namun tidaklah memberi kesan yang teruk. Selain komen tentang jurnal refleksi ini., saya juga ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Encik Amran yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai tugasan kumpulan yang memerlukan pengethuan yang cukup. Membuat pembentangan, kerja lapangan dan membuat blog kumpulan. Sepanjang menjalankan kajian ini, terus terang saya cakap ia sangat sukar. Ini kerana, kumpulan saya hanya bertiga dan memerlukan banyak masa. Salah satu masalah ini juga ialah semasa ingin membuat kajian lapangan, peluang untuk menemubual responden terpaksa ditunda. Saya dan ahli kumpulan terpaksa ponteng kelas. Namun begitu, ia memberi kepuasan kepada saya setelah membuat pembentangan kedua. Semasa membuat pembentangan kali pertama memang saya dan ahli kumpulan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dan ia membuat kami berasa sangat stress tapi terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya yang memberikan kerjasama yang tinggi. Peluang kedua yang diberikan oleh Encik Amran sangat berharga buat saya dan ahli kumpulan, manakala kawan-kawan sekelas sangat dihargai kerana turut memberi sokongan kepada saya.

Hanya ini dari saya, tapi apa yang dicakap oleh Encik Amran sangat betul, setelah selesai membuat setiap tugasan yang diberikan amat mengajar saya dan kawan-kawan tentang ilmu yang perlu dicari. Walaupun susah dan sukar sebanyak mana pun ia akan memberi kepuasan kepada seseorang yang ikhlas dan yang berusaha. Tunjuk ajar dan nasihat Encik Amran sepanjang kuliah akan saya ingati..insyallah..sekian terima kasih..wasalam..

3 comments:

nurulliyana on October 31, 2010 at 7:45 AM said...

saya juga amat bersetuju dengan jurnal ini atas sebab saya juga banyak mempelajari tentang muzik tradisional malaysia

~.:s.h.u.e:.~ on October 31, 2010 at 8:54 AM said...

good luck in final exam~

Siti Rohaya on November 28, 2010 at 3:38 AM said...

Gud luck kwan2..

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP A

BLOG PELAJAR KUMP B

BLOG PELAJAR KUMP C

SMP2252 Rohaya Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template